Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis belum bertindak, penyokong guling kerajaan makin melampau

23 DIS: Nampaknya cacing sudah naik ke mata pihak berkuasa – yang dimaksudkan pihak yang cuba menganjurkan perhimpunan haram pada malam tahun baru 31 Disember ini di Dataran Merdeka.

Walau pihak polis menyatakan sedang menjejaki sumber asal yang mengedar poster menghasut orang ramai menyertai “Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember” minggu lalu, masih ada yang berani mencabar pihak berkuasa di alam maya.

Terbaru pihak berkuasa diminta pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Rejimen Anarki’ berkaitan penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai perhimpunan yang sama.

Rejimen Anarki...mahu langgar sesiapa yang halang pergerakan ke perhimpunan haram 31 Disember.

Rejimen Anarki…mahu langgar sesiapa yang halang pergerakan ke perhimpunan haram 31 Disember.

Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Muka Buku Pulau Pinang menganggap perkara itu satu isu serius dan perlu ditangani dengan tegas kerana pengendali akaun Facebook berkenaan memuat naik hasutan yang berbau ugutan “SAPA HALANG, KAMI LANGGAR…INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN”.

Hasutan itu dikesan dimuat naik pada 18 Disember lalu, kata Presidennya Salleh Ismail kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang pada Isnin.

Manakala seorang lagi pemilik akaun Facebook didapati memuat naik post meminta disalurkan maklumat bagi membolehkan beliau membeli bom.

Asmaelz Hadzeny II...mencari bom.

Asmaelz Hadzeny II…mencari bom.

Sementara itu di Sepang, Pemuda UMNO Sepang turut membuat laporan polis meminta pasukan keselamatan mengambil t

indakan tegas terhadap pihak yang berkenaan.

Ketuanya Noorazli Said berkata tindakan pihak berkenaan jelas cuba mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku di Mesir.

“Kita ada pilihan raya umum setiap lima tahun sekali, jadi penganjur sepatutnya guna jalan yang betul, bukan heret rakyat turun di jalanan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 December 2013 2:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: