Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis buka kertas siasatan berita palsu berkaitan TMJ

15 APRIl: Polis Johor menerima tiga aduan berita palsu berkaitan pemberian bantuan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di beberapa pasar raya di negeri itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan bagi mencari individu yang terbabit.

“Sebenarnya tular tersebut adalah palsu dan untuk pengetahuan anda benda tu tidak berlaku dan hanya berlaku di satu tempat,” katanya di Johor Bahru hari ini.

Pada 11 April lalu, Tunku Ismail membuat kejutan apabila mengumumkan membayar barangan yang dibeli pelanggan sebuah bernilai RM3,000 setiap seorang di pasar raya AEON Mall Tebrau City, Johor.

Susulan itu berlaku tular di media sosial apabila Tunku Ismail dikatakan akan hadir ke pasar raya di Pontian bagi memberi bantuan sebanyak RM200, namun ia terbukti palsu.

Perkara sama turut dikesan berlaku di beberapa pasar raya lain di Kulai.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 7:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: