Kategori Berita Utama

Polis buka lima kertas siasatan termasuk kes Paderi Lawrence Andrew

29 JAN: Polis sudah membuka lima kertas siasatan berhubung kes memasang sepanduk ‘Jesus is the son of Allah’ di beberapa lokasi di Pulau Pinang. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya memandang serius kejadian yang berlaku termasuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling ‘molotov coktail’ ke arah sebuah gereja di Georgetown, kelmarin.

Kertas siasatan itu turut membabitkan  Pengarang The Herald, Lawrence Andrew.

Father-Lawrence-Andrew-Herald

Lawrence Andrew

Dalam pada itu katanya, Jabatan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan dibubarkan berkuatkuasa 1 Februari ini.

Khalid berkata, tindakan itu merupakan sebahagian daripada penyusunan semula jabatan-jabatan dibawah pasukan berkenaan.

“Tugas-tugas jabatan (Petugas Khas) akan diserap dibawah Cawangan Khas (SB) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“SB akan melakukan siasatan terhadap aktiviti pengganas manakala akitiviti pengubahan wang haram pula akan dikendalikan oleh JSJK,” katanya di ibu negara Rabu.

Jabatan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 dan hanya melibatkan ibu pejabat sahaja tanpa penubuhan cawangan di negeri-negeri.

Ianya bertujuan mempertingkatkan kemahiran dan menyusun strategi dalam memerangi serta membendung ancaman keganasan, jenayah terancang, jenayah bersindiket dan penggubahan wang haram.-bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2014 12:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: