Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis buka siasatan kenyataan Zaid terhadap Sultan Selangor

7 DIS: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sengaja memutar-belitkan kenyataannya mengenai PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkannya dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Perarakan serta Forum Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

“Saya boleh mengesahkan satu laporan polis telah dibuat di Kuala Lumpur semalam ekoran kenyataan Zaid dan siasatan telah dibuat oleh Bukit Aman,” katanya.

Baru-baru ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis.

Zaid dipetik sebagai berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Dalam titah balasnya, Sultan Sharafuddin di dalam wawancara dengan akhbar Utusan Malaysia menyifatkan bekas menteri itu sebagai biadap.

Baginda juga bertitah supaya Zaid balik ke Kelantan jika tidak bersetuju dengan kenyataan baginda terhadap Dr Mahathir.

 “Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan.

“Jangan cari rezeki di Selangor,” titah baginda.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 3:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]