Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis cuba siap kertas siasatan lelaki hina Rosmah

7 APR: Polis akan cuba melengkapkan kertas siasatan esok bagi membolehkan proses pendakwaan dijalankan terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang menghina Datin Seri Rosmah Mansor.

Lelaki dikenali ‘Syed’ itu didakwa menyebarkan gambar mayat yang dipalsukan dengan wajah isteri Perdana Menteri tersebut beberapa hari lalu. 

polislogoKetua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek berumur 25 tahun itu kini ditahan reman selama tiga hari sejak ditangkap semalam.

“Esok hari akhir, kita tengok dulu sama ada kita nak reman atau terus dakwa. Kita sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk melihat tentang beberapa barang kes yang kita rampas. 

“Siasatan sedang berjalan sekarang. Kita tengok apa yang berlaku esok. Kita akan cuba siapkan kertas siasatan esok, seterusnya kita akan terus tuduh dia,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran eksesais pengambilan khas jawatan konstabel (lelaki/wanita) bagi remaja kaum Cina di ibu negara, Isnin.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2014 11:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: