Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis diserang warga China

12 NOV: Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas diserang sekumpulan 30  lelaki warga China ketika membuat pemeriksaan di Jalan Abraham di ibukota, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah berkata dalam kejadian jam 10.30 malam itu, tujuh anggota pasukan rondaan cegah jenayah membuat pemeriksaan selepas menerima maklumat mengenai pekerja kontrak bermain judi di halaman rumah sebelum diserang.

“Keadaan tidak terkawal dan anggota dari Balai Tun H S Lee itu melepaskan empat das tembakan amaran untuk mempertahankan diri namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Tambah Shaharudin, kumpulan lelaki China itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk direkodkan keterangan.

“Siasatan awal polis mendapati beberapa buah rumah di kawasan berkenaan dijadikan sebagai rumah kongsi untuk pekerja.

“Terdapat 200 pekerja warga China  dipercayai tinggal di sekitar kawasan tersebut,” katanyalagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2017 10:48 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: