Kategori Berita Antarabangsa

Polis Indonesia nafi jumpa RM1 bilion dalam Equanimity

7 MAC: Dakwaan kononnya pihak berkuasa Indonesia menjumpai wang berjumlah Rp3.5 trillion (RM1 bilion) dalam kapal mewah Equanimity adalah palsu, menurut laporan media republik itu.

Ketua bahagian siasatan jenayah polis Indonesia, Ari Dono Sukmanto berkata maklumat itu tersebar melalui sebuah blog di Malaysia yang ditular menerusi akaun Facebook Miyoyo milik warga Malaysia.

“Sepanjang proses  pengeledahan, apa yang ditemui hanyalah dokumen termasuk senarai anak kapal dan penumpang,” katanya.

Kapal yang didakwa dimiliki Jho Low ditahan pada 28 Februari lalu dilaporkan masih berlabuh di pelabuhan Tanjung Benoa, Bali.

Ia akan diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika selepas siasatan polis Indonesia selesai.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 March 2018 5:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: