Kategori Berita Antarabangsa

Polis Jakarta terima surat ugutan Daesh

6 JULAI: Sebuah balai polis di daerah Jakarta Selatan, Indonesia menerima ancaman keganasan dalam bentuk surat dengan pesanan yang mengancam pihak berkuasa negara itu.

Surat bertulisan tangan itu ditinggalkan di hadapan Ibu Pejabat Kebayoran Lama oleh individu tidak dikenali yang mengugut menjadikan Jakarta seperti Marawi, di selatan Filipina.

Menurut surat itu, perang sudah bermula dan mengancam untuk menggulingkan kerajaan Indonesia dan menggantikannya dengan kumpulan militan Daesh.

Bendera Daesh turut digantung di pagar balai polis berkenaan bersama surat yang diletakkan di dalam botol air minuman.

“Polis jadi sasaran militan. Kami semua perlu lebih berhati-hati,” menurut jurucakap polis Jakarta, Komander Kanan Argo Yuwono.

Susulan ancaman itu, polis menyiasat dan membentuk pasukan bagi memburu pelakunya selain menyemak rakaman kamera litar terutup (CCTV) serta mengumpul maklumat dari saksi di sekitar kawasan terbabit.

Jumaat lalu, dua pegawai polis ditikam anggota militan ketika sedang bersolat di sebuah masjid berhampiran ibu pejabat polis itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 July 2017 11:54 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: