Kategori Berita Utama

Polis kena siasat Wan Azizah dan Kit Siang, kata Annuar Musa

15 MAC: UMNO menyelar pembangkang yang cuba menyebarkan berita palsu melalui rangkaian di luar negara dengan membuat permohonan supaya dikembalikan wang yang dibekukan oleh Perbendaharaan Switzerland kepada rakyat Malaysia .

Laporan beberapa portal berita menyebut wang berjumlah CHF104 juta ( RM430 juta)  didakwa dimiliki 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun pihak 1MDB dan MOF sudah mengeluarkan kenyataan menjelaskan kedudukan sebenar, namun pembangkang cuba menggunakan berita palsu ini untuk mencemar reputasi kerajaan kalangan rakyat.

Menurutnya, wang terbabit sebenarnya adalah jumlah denda dan penalti yang dikenakan kepada beberapa buah bank di Switzerland yang didapati melanggar beberapa peraturan kewangan.

“Perlu diketahui bahawa Ahli Parlimen Switzerland yang sama dari Parti Social Demokrat pernah mengemukakan soalan di parlimennya berkaitan pembekuan aset pemimpin tertentu dan ia digunakan pembangkang pada 2013 dengan cara memutarbelitkan cerita dalam media pro pembangkang.

“Kali ini sekali lagi modus operandi yang sama, di mana pada 18 Jun lalu, Ahli Parlimen Social Demokrat, Carlo Sommaruga mengemukakan usul bertajuk ‘Repatnation ot Corruption Funds to the Robbed Population’.

“Ternyata kedua-dua usaha ini membabitkan beberapa orang yang sama dan dirancang demikian rupa, walaupun kes sebenar bukanlah seperti mana yang cuba digambarkan”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Annuar mengesa pihak berkuasa menyiasat tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mengutus surat kepada Ahli Parlimen Switzerland berkenaan menuntut wang itu yang dipercayai dimiliki rakyat Malaysia.

“Kedua-duanya secara sedar melakukan jenayah penyebaran berita palsu dan didakwa melakukan penghinaan (defamation) terhadap 1MDB, Kerajaan dan Rakyat Malaysia.

“Saya menyeru agar PDRM menyiasat perkara ini lebih lanjut. Pihak-pihak yang lain yang terbabit juga patut mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat”, ujarnya.

Semalam MOF dan 1MDB dalam kenyataan berasingan berkata wang yang dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland bukan milik syarikat pelaburan strategik dan rakyat Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 March 2018 9:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: