Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis kunjungi pejabat BERSIH

30 MAC: Dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengunjungi pejabat BERSIH 2.0 di Petaling Jaya, pagi tadi.

Lapor Astro Awani, kehadiran mereka bertujuan mengambil keterangan Pengarah Eksekutif Bersih 2.0, Yap Swee Seng, susulan perhimpunan di luar pekarangan Parlimen pada Rabu lalu.

Swee Seng berkata Polis turut memaklumkan bahawa Shahrul Aman (Pemangku Pengerusi BERSIH), Mandeep Singh Karpall dan Amir Abd Hadi (Penyelaras SUARAM) juga akan disiasat.

“Pihak kami akan berbuat demikian dengan diiringi notis dan peguam masing-masing.

“Polis bersetuju dan satu tarikh lain akan ditetapkan kelak untuk tujuan merakam percakapan,” katanya dipetik.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 yang dikeluarkan hari ini mengesahkan polis mengunjungi pejabat Bersih 2.0 sekitar jam 10 pagi tadi.

Bagaimanapun polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Haron dilaporkan berkata pihaknya akan  meneliti kesalahan yang dilakukan peserta dan penganjur perhimpunan membantah laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada kelmarin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 March 2018 3:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: