Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis masih berunding bagi bebas mangsa culik

28 SEPT: Polis sedang mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Filipina bagi membebaskan rakyat Malaysia yang diculik di perairan Lahad Datu, Sabah sejak Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata rundingan masih diteruskan bagi membebaskan kesemua rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi tawanan puak militan di Selatan Filipina bagi memastikan kesemua mangsa dibawa balik dengan selamat.

KUALA LUMPUR 27 MAY 2016. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. NSTP/SURIANIE MOHD HANIF

“Kita sentiasa berusaha untuk membebaskan mana-mana rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penculikan dan rundingan berterusan tetap dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menutup perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Kuala Nerus, hari ini.

Julai lalu lima rakyat Malaysia dilaporkan hilang di perairan Dent Haven, Tambisan, menjadi mangsa penculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Kejadian itu disedari apabila sebuah bot tunda dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Lahad Datu pada 18 Julai lalu.

Noor Rashid bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu penculikan ini kerana bimbang dengan nyawa kesemua mangsa yang terlibat.

“Tanggungjawab kita mahu membawa balik kesemua mangsa yang menjadi tawanan ini dalam keadaan selamat…setakat ini kesemua mereka dalam keadaan baik,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 September 2016 6:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: