Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis minta rasuah RM13,000 direman enam hari

23 FEB: Anggota polis berpangkat sarjan direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah RM13,000 untuk menyelesaikan kes dadah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris ke atas suspek susulan penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.

Anggota polis berusia 28 tahun itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar ditahan jam 10.30 malam selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan sebanyak RM13,000 bagi menyelesaikan kes dadah.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan reman ke atas suspek.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah itu bagi menyelesaikan satu kes dadah yang disiasat olehnya.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 February 2018 1:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: