Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis nafi Empangan Chereh pecah

3 JAN: Dakwaan bahawa Empangan Chereh di Sungai Lembing di Kuantan berisiko untuk pecah pada bila-bila masa adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Aziz Salleh mengulas sebaran palsu yang tular di media sosial, sambil mengingatkan orang ramai mendapatkan kesahihannya terlebih dahulu.

“Jangan mudah tularkan perkara tidak benar. Jika terima, padam sahaja atau jika tidak pasti, dapatkan pengesahan pihak berkuasa. Setiap kali banjir, ada sahaja pihak yang suka mencetuskan benda tidak betul.

“Perkara sebegini boleh menimbulkan kegusaran orang ramai serta mencetuskan suasana panik,” katanya hari ini yang dipetik.

Sejak semalam berita itu mendakwa Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sudah membuat pengumuman supaya penduduk Kuantan perlu menyelamatkan diri berikutan keadaan itu dan Temerloh serta Maran juga bakal dilanda banjir gelombang kedua sedangkan keadaan di kedua-dua daerah berkenaan masih terkawal.

Sementara itu, jurucakap Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) turut menafikannya.

“Empangan Chereh bukan dalam bidang kuasa PAIP kerana ia sebenarnya di bawah pengurusan Badan Kawal Selia Air Pahang.

“Jadi bagaimana pula PAIP yang dikatakan membuat pengumuman itu,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2018 1:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: