Kategori Berita Utama

Polis perlu siasat buku Hannah, boleh pengaruhi muslim

17 MEI: Berikutan rasa kebimbangan pengaruh buku hasil penulisan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh ke atas rakyat Malaysia beragama Islam, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia UUM, Kamarul Zaman Yusof mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Beliau mendakwa kandungan buku yang bertajuk ‘Becoming Hannah’ seolah-olah satu cubaan untuk memujuk atau menghasut orang lain terutama muslim dan muslimah untuk menganut agama Kristian.

“Berikutan itu, satu laporan polis dibuat siang tadi di Balai Polis Changlun, Kedah selepas saya meneliti kandungan buku itu yang dibeli untuk kajian politik.

“Selain itu, lebih memeranjatkan, buku terbabit senang didapati di pasaran terbuka dan diakui oleh Hannah sendiri pada 15 Mei lalu,” kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan, Rabu.

Menurutnya lagi, kandungan buku itu mampu menimbulkan kekacauan berikutan penulisan Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya mendedahkan bahawa beliau menggunakan jawatan politik untuk berdakwah di gereja-gereja,

“Pada saya, beliau mungkin melakukan kesalahan cuba menggangu ketenteraman awam, cubaan mengembang ajaran Kristian dikalangan orang Islam serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atas beliau untuk mengelak kemudaratan berlaku di kemudian hari,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2017 9:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: