Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis rampas 3 laras senapang buatan sendiri

17 MEI : Polis merampas satu laras senapang buatan sendiri jenis bakakuk dan dua senapang angin bersama empat butir peluru jenis penabur selepas menyerbu sebuah rumah pekerja kilang sawit di Ulu Madai Kunak, Sabah semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari, polis menahan seorang suspek warga tempatan berusia 34 tahun serta beberapa peralatan membuat senjata dan senapang angin dalam rumah berkenaan.

Turut ditemui ialah satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak susulan maklumat.

Katanya, ketika serbuan suspek dilihat cuba menyembunyikan sesuatu di bawah tilam di ruang tamu rumah berkenaan namun berjaya dikesan oleh anggota polis.

“Selain senapang angin dan buatan sendiri, polis turut menemui beberapa bahagian senapang angin yang belum lengkap dan peralatan dipercayai untuk membuat senjata api,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Nasaruddin berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif suspek memiliki senjata terbabit, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis Amphetamin.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2017 10:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: