Kategori Berita Utama

Polis Selangor akan panggil Pengarang Herald-The Catholic Weekly

2 JAN: Polis akan memanggil Pengarang Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau mengenai penggunaan kalimah Allah di gereja Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya akan memanggil pengarang majalah minggguan Katolik itu dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

Selain itu, kata Mohd Shukri, polis juga sedang berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai isu penggunaan kalimah Allah di sidang gereja seperti yang dikatakan Andrew minggu lalu.

Mohd Shukri berkata demikian pada sidang media di Klang, Khamis.

Paderi Lawrence dalam kenyataannya di laman sebuah portal 27 Disember lalu menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.

Dalam isu berkaitan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) dan UMNO Selangor berhubung isu kenyataan Lawrence yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam saja.

“Saya fikir tindakan itu tidak bercanggah tapi selari dengan titah ketua negeri (Sultan). Tindakan UMNO Selangor itu adalah keputusan mereka sendiri,” katanya pada sidang media selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Setapak, Kuala Lumpur Khamis.

Semalam UMNO Bahagian Shah Alam, Klang, Kapar, Kota Raja, Tanjung Karang dan Sabak Bernam membuat laporan polis terhadap Andrew, selain menuntut beliau memohon maaf selain mahu tindakan dikenakan terhadapnya.

Setakat ini lebih 100 laporan berhubung kenyataan Andrew itu.-bbnbbc.my

Father-Lawrence-Andrew-Herald

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 January 2014 1:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: