Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis siasat protes tolak GST dihadiri Muhyiddin

1 APRIL: Polis akan memanggil penganjur kempen ‘rakyat  tolak kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST)’ yang diadakan di perkarangan kompleks beli-belah Sogo hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi mendapatkan permit.

“Kita akan panggil penganjurnya untuk siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” lapor Bernama.

Bagaimanapun, menurutnya, keadaan di sekitar kompleks beli-belah di ibu kota itu terkawal sepanjang kempen yang berlangsung sejak jam 4 petang.

“Hanya 40 peserta dikesan menyertainyya,” kata Shahruddin.

Turut dikesan hadir ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2018 8:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: