Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis siasat kes pegawai SPRM kena ugut

16 APRIL: Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat ugutan diterima dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketuanya, Datuk Mazlan Mansor berkata ia dibentuk selepas pihaknya menerima dua laporan berhubung kes terbabit.

“Menerusi pasukan berkenaan, kita akan melakukan siasatan yang lebih terperinci.

“Kita juga meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat serta tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya yang dipetik.

Sebelum itu,Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata dua pegawai kanan agensi itu masing-masing menerima ugutan satu peluru hidup dan nota berbaur ancaman di rumah mereka pada semalam dan hari ini.

Jelasnya, kedua-dua pegawai kanan yang tinggal di sekitar Lembah Kelang dan bertugas di Ibu Pejabat  agensi itu di Putrajaya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 11:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: