Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis tahan 3 remaja selepas video wanita diekori

14 MAC: Polis telah menahan tiga remaja lelaki kerana disyaki membuat ugutan selepas tular video seorang wanita  yang mendakwa tidak dibenarkan masuk ke dalam balai polis selepas diekori kereta suspek, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim bagaimanapun menafikan wanita terbabit tidak dibenarkan masuk ke balai polis kerana tempat itu sentiasa dibuka kepada orang awam terutama jika berlaku sesuatu kecemasan.

Beliau mengulas mengenai video berdurasi enam minit 28 saat mengenai seorang wanita yang mendakwa polis tidak membenarkannya masuk ke balai polis Alam Damai Cheras selepas diekori sebuah kereta lain

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika kejadian pada jam 11 malam semalam, wanita berusia 41 tahun itu mengambil anak lelakinya di sebuah pusat tuisyen di Alam Damai serta difahamkan memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menggangu pengguna jalan raya lain.

“Ekoran itu, sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki tiga lelaki di belakang kereta wanita itu tidak berpuas hati lalu menjerit dan mengekori kereta wanita terbabit,” katanya.

Katanya wanita berkenaan yang terasa terancam dan ketakutan kemudian memandu sehingga ke pintu depan balai polis tersebut.

Mazlan berkata anggota polis yang bertugas di balai berkenaan bergegas menemui wanita itu dan bertanyakan apa yang berlaku, manakala kereta yang mengekori mangsa terus beredar.

“Waktu anggota polis sedang bertanyakan apa yang berlaku, wanita berkenaan cuba memberitahu keadaannya tetapi tidak jelas kerana mangsa hanya menurunkan separuh cermin keretanya,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Mazlan berkata, polis sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui kedudukan sebenar kejadian itu.

“Jika terdapat sebarang kesalahan di pihak anggota yang bertugas, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya.

Polis juga katanya meminta orang ramai jangan mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman social tanpa sumber sahih an orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejaian itu turut diminta membantu pihaknya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 9:28 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: