Kategori Berita Utama

Polis tahan jika tingkah laku tak terkawal di Dataran Merdeka

 31 DIS : Polis menasihatkan pihak terbabit himpunan haram di Dataran Merdeka malam Selasa tidak mengganggu orang ramai yang meraikan sambutan Tahun Baharu di tempat berkenaan.

Sambil menegaskan perhimpunan tersebut haram kerana penganjur gagal mendapatkan kebenaran pihak berkuasa, polis akan menahan sesiapa yang tingkah lakunya tidak terkawal.

zainuddinahmadKetua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, anggota polis akan bersiap sedia di Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Katanya, polis menyifatkan acara pada malam ini seperti sambutan ambang Tahun Baru yang lain dan memberi orang ramai menyambutnya dengan mudah.

“Kita tidak akan menjalankan apa-apa sekatan jalan raya.”Bagaimanapun, anggota polis yang bertugas akan memantau mereka yang mengadakan sambutan dan juga penunjuk perasaan.

“Kami mahu memastikan keselamatan semua,” katanya.

Zainuddin sekali lagi mengulangi adalah suatu kesalahan untuk berhimpun tanpa memaklumkan kepada polis 10 hari sebelum acara itu seperti yang dinyatakan di bawah Akta Perhimpunan Aman..

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyambut ambang Tahun baru perlu menjauhkan diri daripada mereka yang mengambil bahagian dalam bantahan itu.

Beliau menambah, begitu juga dengan penunjuk perasaan supaya tidak menggangu sambutan ambang Tahun Baru.

“Pengunjung yang akan pergi sana untuk bergembira dan menyambut Tahun Baru.

“Adalah tidak adil jika penunjuk perasaan merosakkan sambutan dengan perhimpunan haram mereka,” katanya.

Bagi memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar, Zainuddin berkata, Jalan Raja telah ditutup dari tengah malam Isnin manakala jalan susur dari Jalan Kinabalu ke Jalan Raja akan ditutup jam 6 petang Selasa. –bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 December 2013 12:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: