Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis tahan lelaki hina PM, Islam

17 MEI: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menghina perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Islam melalui Facebook.

Melalui kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook Langkawi IPD pada Khamis, polis berkata, suspek ditahan pada Rabu selepas beberapa badan bukan kerajaan memfailkan laporan polis ke atasnya sehari sebelumnya.

Mereka menyuarakan rasa tidak senang dengan penghinaan yang berlebihan dibuat oleh suspek.

Suspek akan direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Penahanan itu dipercayai adalah tangkapan pertama dibuat di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 11:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: