Kategori Berita Antarabangsa

Polis tahan lelaki sarung stokin busuk

2 DIS: Polis India menahan seorang lelaki yang memakai stokin busuk serta mengganggu penumpang bas lain.

Laporan BBC menyebut bahawa penumpang bas membuat laporan polis selepas mendakwa Prakash Kumar, 27 menimbulkan ‘gangguan awam’.

Foto hiasan.

Insiden itu berlaku dalam perjalanan ke Delhi dan Prakash menanggal stokin dan kasutnya dalam bas.

Bau stokin tersebut itu dikatakan sangat teruk sehingga ramai penumpang meminta Prakash menyimpan stokin di dalam beg.

Lelaki itu bagaimanapun berdegil dan berlaku pertengkaran antara dia dan penumpang lain.

Para penumpang kemudian memaksa pemandu bas berhenti di sebuah balai polis di Himachal Pradesh bagi membuat laporan.

Prakash menafikan stokinnya berbau busuk dan polis membenarkan dia diikat jamin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2017 12:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: