Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis tahan peserta demo haram di Ibu Negara

1 OGOS: Polis bertindak awal dengan menahan kira-kira 20 peserta demo haram di hadapan pusat membeli belah Sogo di Ibu Negara sebentar tadi.

Sekitar 80 orang peserta menyertai himpunan berkenaan mula berkumpul 2 petang dan mereka melaungkan slogan #Tangkap Najib sebelum pihak polis mula mengambil tindakan.

demo haram sogo 7Mereka cuba mencetuskan provokasi dan kacau bilau mengganggu di kawasan tersebut sehingga pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman terpaksa ditutup.

Polis segera bertindak menahan mereka yang sudah diberi amaran oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa semalam supaya jangan terlibat perhimpunan atau demo haram hari ini.

Kedai-kedai lain berhampiran Sogo juga ditutup ketika polis bertindak terhadap peserta demo yang berkumpul di kawasan itu.

demo haram sogo 4Setakat ini dua Adun dari Perak antara yang ditahan.

Mereka adalah Adun Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan aktivis mahasiswa Fahmi Zainol ditangkap pihak polis.

Sebilangan besar peserta demo adalah NGO dan tidak ada kelibat pemimpin-pemimpin PAS.

Dua letupan kuat kedengaran jam 2.20 dan 2.30 petang dan dikatakan daripada mercun yang dilempar oleh peserta himpunan.

demo haram sogo 2Sekitar jam 2.45 petang pihak polis memberi amaran kepada orang awam, peserta himpunan dan juga pihak media supaya beredar daripada kawasan Sogo.

Sekiranya enggan, pihak polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang masih berkumpul.

Kira-kira 4 petang tadi semua premis perniagaan kembali beroperasi seperti biasa dan jalan raya dibuka semula kepada lalu lintas.

demo haram sogo 6demo haram sogo 5

demo haram sogo 1

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 August 2015 4:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: