Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis tahan tiga suspek kes samun dan kelar

11 FEB : Tindakan pantas polis berjaya memberkas tiga suspek bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh isteri anggota polis di Taman Emas, Tanjung Rambutan di sini pagi tadi.

tangan bergariSuspek termasuk remaja berusia 16 dan 19 tahun diberkas selepas kira-kira dua jam kejadian ke atas mangsa yang disedari anaknya sebaik pulang ke rumah jam 3 pagi.

Sumber memberitahu, suspek berusia 16 tahun itu tinggal berdekatan rumah mangsa manakala dua lagi ditahan di Bercham pada jam 5 pagi tadi.

Sebelum itu, mangsa, berusia 50 tahun ditemui mati di dalam rumahnya selepas dikelar di leher dalam kejadian samun rumah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 12:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: