Kategori Berita Antarabangsa

Polis Thailand bongkar rancangan bunuh Prayuth

20 MAC: Polis Thailand semalam membongkar satu plot untuk membunuh Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha selepas merampas simpanan senjata milik seorang aktivis anti-junta.

Penemuan itu adalah terbaharu melibatkan anggota Gerakan Baju Merah, sebuah kumpulan politik yang setia dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Semalam, polis menjumpai berpuluh-puluh senapang, bom tangan dan beribu butir peluru di sebuah rumah milik pemimpin kumpulan berkenaan, Wuthipong Kochathamakun.

Polis turut menahan sembilan lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan plot pembunuhan tersebut.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 11:26 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]