Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis tumpaskan sindiket dadah warga Nigeria

17 JUN: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga Nigeria susulan penahanan sembilan suspek dalam serbuan di Setapak, Kuala Lumpur semalam.

Dalam serbuan dibuat oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu, satu kilogram (kg) dadah jenis syabu turut dirampas.

Kejayaan terbaru itu dikongsikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter rasmi miliknya, @kbab51 pada jam 7.24 pagi tadi.

“Syabas STING @PDRMsia semalam tangkap 9 orang warga Nigeria di Setapak dan rampas 1 kilogram syabu. #GoPDRMGo,” tulis beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 June 2017 8:30 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: