Kategori Berita Antarabangsa

Polis UK siasat bahan mencurigakan di Westminster

12 MAC: Polis Britain sedang menyiasat bahan mencurigakan yang dijumpai bangunan Parlimen di Westminster.

Menurut jurucakap Parlimen pada Isnin, kawasan itu sudah dikepung namun tiada proses pemindahan dijalankan.

Parlimen Britain di Westminster

“Kami menyedari situasi itu berpotensi menjadi bahaya kerana membabitkan bahan yang mencurigakan dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan,” kata kenyataan itu

Pada bulan lalu, polis turut menyiasat serbuk misteri yang dihantar ke pejabat di bangunan terbabit, bagaimanapun disahkan tidak merbahaya.

Kenyataan itu turut menyebut dua orang terdiri lelaki dan wanita dibawa ke hospital untuk langkah-langkah keselamatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2018 11:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: