Kategori Berita Antarabangsa

Pondok doa di lapangan terbang di Jerman

7 MEI: Pengurusan Lapangan Terbang Stuttgard di Jerman mengambil inisiatif menyediakan pondok doa untuk memberikan ketenangan kepada penumpang mereka.

Memetik laporan AP, pondok kubikel merah yang dipasang di Terminal 3  itu menyediakan 300 doa pelbagai agama dalam 65 bahasa yang berbeza.

Selain agama monoteisme, agama politeisme dan kepercayaan animisme juga disediakan untuk pilihan penumpang.

Bilik yang direka oleh seorang pereka dari Berlin itu turut mempunyai kerusi berpusing di dalam dan ditutupi dengan tirai berwarna kelabu.

Penumpang boleh menggunakan skrin sentuh untuk memilih doa pilihan mereka, dan tiada bayaran yang akan dikenakan.

“Selalunya, penumpang akan mempunyai sedikit masa sebelum menaiki pesawat.

“Kawasan berdoa ini adalah tawaran oleh pihak lapangan terbang untuk menenangkan diri penumpang,” kata jurucakap lapangan terbang, Johannes Schumm.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 May 2017 3:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: