Kategori Berita Antarabangsa

Porsche hilang 27 tahun ditemui

5 DIS: Pihak berkuasa Oregon, Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah kereta jenis Porsche yang hilang 27 tahun lalu di pinggiran hutan, minggu lalu.

Lapor agensi UPI, Pejabat Sheriff Jackson County memaklumkan bahawa seorang pejalan kaki lelaki menghubungi polis sekitar jam 2.39 petang (waktu tempatan) bagi melaporkan penemuan sebuah kenderaan terbalik di dasar tebing di Trail.

Satu siasatan awal mendapati, Porsche 924 itu dilaporkan dicuri dari tempat letak kereta di Southside Cinema, Medford, pada 20 Januari 1991.

“Memandangkan kenderaan terbabit berada di tebing itu hampir 30 tahun, usaha mengeluarkannya menjadi rumit dan pihak kami akan mempertimbangkan pilihan lain,” menurut pejabat sherif.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2017 4:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: