Kategori Berita Utama

Gereja diserang bom buatan sendiri, Zahid minta semua bertenang

27 JAN : Selepas kain rentang kontroversi kalimah Allah digantung di luar gereja pada Ahad, gereja Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri awal pagi, Isnin.

Dua pemuda bermotosikal dpercayai terbabit dalam kejadian kira-kira janm 1.30 pagi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim berkata, dua bom buatan sendiri, Molotov cocktails telah dibaling ke kawasan lapang gereja itu tetapi hanya satu yang meletup, lagi satu jatuh di atas rumput.

posterhinaAllah

Inilah poster yang digantung depan gereja yang jadi mangsa serangan bom buatan sendiri pagi Isnin

“Siasatan awal mendapati dua pemuda bermotosikal telah melakukan jenayah tersebut,” katanya.

Sementara itu, wakil gereja itu dan beberapa gereja lain di sekitar kawasan tersebut membuat laporan polis susulan kain rentang kontroversi tersebut yang dipasang di hadapan pintu masuk gereja tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili agama Islam dan Kristian supaya bertenang berhubung kejadian pemasangan kain rentang provokasi itu.

Beliau berkata kejadian itu harus diserah kepada polis untuk melakukan siasatan selain mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Yang penting kita harus mewujudkan keharmonian dan kita kena hormati agama lain seperti mana agama kita dihormati,” katanya.

Pihak polis telah menafikan pembabitan pihak gereja dalam perbuatan tidak bertanggungjawab itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2014 2:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: