Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PPBM Larut lumpuh

10 MAC: Kepimpinan PPBM Bahagian Larut lumpuh selepas Ketua Bahagiannya, Mohd Radzi Ramli dan Ketua Srikandi, Rosnani Wahab mengumumkan keluar parti untuk menyertai UMNO berkuat kuasa hari ini.

Majlis pengumuman itu turut dihadiri Ahli Parlimen Larut yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,  Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faisol Arby Mohd Shohor.

Radzi (tengah) dan Rosnani (kiri) mengumumkan menyertai UMNO berkuatkuasa hari ini yang disaksikan Hamzah

Radzi menjelaskan ia dibuat kerana beliau berasa diperalat oleh bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami juga hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk kepimpinan PPBM di bawah Faizal Azumu.

“Selain itu kekurangan dana yang dijanjikan, kami juga mendapati agihan kerusi DUN Perak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan masih lagi memihak kepada DAP di mana parti itu mendapat 18 kerusi berbanding PPBM, PAN dan PKR.

“Jika berlaku sebaliknya kemungkinan DAP akan memerintah negeri Perak dan jawatan Menteri Besar pasti menjadi milik DAP,” katanya di Taiping hari ini.

Tambah Radzi, lebih ramai ahli PPBM dijangka turut sama mengikutinya selepas tidak lagi selesa dengan kepemimpinan sedia ada.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 March 2018 1:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: