Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PPBM ‘parti budak sekolah’, biarkan mereka bergaduh

15 JUN: Pergolakan dalam PPBM membuktikan parti tersebut tiada asas perjuangan dan tidak mampu bertahan lama.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan PPBM sebagai ‘parti budak sekolah’ apabila mereka bertelagah sesama sendiri dan berebut jawatan.

Beliau berkata, UMNO tidak perlu melayan pertelingkahan dalam kalangan PPBM kerana ia tidak membawa keuntungan kepada parti.

“Parti budak sekolah memang macam itu, bergaduh sesama sendiri. Ada ‘geng’ berebut jawatan. Biarkanlah mereka bergaduh sesama mereka.

“Kita UMNO tidak perlu masuk campur, kita diam pun mereka tuduh UMNO macam-macam, biasalah ‘kurang kasih sayang’.

“Kita UMNO fokus kepada gerak kerja menghadapi pilihan raya umum. Itu yang lebih penting daripada melayan pergaduhan sesama mereka.

“Agenda kita adalah untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui negara,” katanya ketika ditemui.

Sohaimi berkata demikian ketika mengedarkan apron kepada peniaga bazar Ramadan di Selayang, semalam.

Pengagihan apron sumbangan Yayasan Jamin yang dipengerusikan Sohaimi itu adalah sebahagaian daripada tanggungjawab sosial yayasan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 June 2017 12:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: