Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PPBM Perak bergolak, pemimpin buat tak tahu

26 FEB: Pemimpin akar umbi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Perak mendakwa mereka diabaikan oleh pimpinan atasan negeri tersebut sehingga tidak ada usaha membantu untuk membantu mereka dikawasan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PPBM Bahagian Larut, Baharum Mohd. Radzi membidas Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Perak, Ahmad Faizal Azumu yang gagal menjalankan tanggungjawabnya apabila tidak langsung mengambil berat tentang suara akar umbi dibawah selain tidak pernah turun padang meninjau merapati akar umbi.

“Sejak Ahmad Faizal dilantik menerajui kepemimpinan PPBM Perak, dia tidak pernah hadir ke Larut, kecuali sekali saja pada ceramah perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan pada September 2017.

“Beliau tidak pernah meninjau, apatah lagi berbincang untuk menyelesaikan masalah kami ketika ini terutama isu penyaluran dana,” beliau dipetik berkata dalam satu sidang media hari ini.

Beliau turut mendakwa sikap tidak profesional Faizal juga mengguris hati akar umbi, mana tidaknya sehingga sanggup mengeluarkan ungkapan ‘bodoh’ kepada mereka walhal hanya bertanya tentang soal dana untuk berkempen.

“Tiada pencerahan daripada Ahmad Faizal, sebaliknya saya dapat hanya ungkapan atau kata-kata ‘bodoh’ yang tidak sepatutnya dikatakan seorang pemimpin.

“Hanya kerana saya bertanyakan mengenai dana, dia mempersoalkan siapa saya, malah lebih teruk dia mengeluarkan kata-kata sinis ‘ingat duit turun dari langit?’ yang bagi saya tidak sepatutnya dikatakan kepada ahli seperti kami yang banyak berkorban termasuk mengeluarkan duit sendiri demi parti,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2018 10:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: