Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PPBM Perak memang bermasalah

24 MEI: Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Othman mengakui sememangnya wujud masalah dalaman parti  itu di Perak.

Beliau yang merupakan antara pengasas PPBM di negeri berkenaan berkata masalah yang berlaku adalah pilih kasih dalam memilih individu bagi memegang jawatan parti.

“Saya kena mengaku apa yang benar, hakikatnya kalau kita tengok memang berpuak-puak. Memang ada masalah. Saya rasa apa yang berlaku sekarang lebih daripada masalah kronism. Terlalu banyak provokasi antara satu sama lain.

“Sebagai contoh, dalam mesyuarat Majlis Presiden sudah mencadangkan nama untuk ketua bahagian, tetapi bila diumumkan, nama lain pula.

“Ini melibatkan maruah, bukan soal jawatan sangat. Bagi nama lain, tapi yang diumumkan nama lain. Nama itu ditukar atas nasihat pengerusi negeri,” lapor Malaysiakini, Rabu.

Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO berkata demikian bagi mengulas tindakan EXCO Srikandi PPBM, Zulaiha Sidek yang meletak jawatan disebabkan hilang kepercayaan kepada parti.

Selain itu, Hamidah juga menafikan bahawa beliau akan meninggalkan PPBM dalam masa terdekat.

“Tidak, buat masa ini saya tidak,” katanya.

Hamidah menjelaskan bahawa beliau juga tidak mempunyai kuasa untuk menangani masalah yang berlaku di peringkat negeri ketika ini dan berharap kepimpinan parti menanganinya.

“Masalah ini boleh dibendung kalau pimpinan bijak tanganinya segera kerana kalau tidak, kudis akan bernanah.

“Pucuk pimpinan pusat juga kena pandang serius perkara ini,” kata bekas ADUN Sungai Rapat itu.

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 May 2017 5:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: