Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PPBM sudah tiada masa depan

12 FEB: Selepas Selangor dan Negeri Sembilan, PPBM Kelantan mendedahkan isu agihan kerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan negeri itu yang masih buntu walaupun sudah melepasi tarikh akhir pada 7 Februari lalu.

Berikutan itu, pimpinan negeri diketuai Ketua Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min mengumumkan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu.

“Kita kecewa dan tidak berpuas hati dalam banyak isu terutama pengagihan kerusi di Kota Bharu dan di daerah lain. Masalah yang timbul kini apabila PAN mahu tiga kerusi Parlimen dan DUN di Kota Bharu.

“Malah, daerah lain juga mengalami masalah sama seolah-olah PPBM dipinggirkan sedangkan kita memiliki jentera yang cukup jika dibandingkan dengan PAN,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda bahagian, Nik Mohd Adhwa Nik Haris dan Ketua Srikandi, Normala Abdul Kadir.

Mohd Nor Hashim menambah isu berkenaan sudah dibawa ke pimpinan tertinggi, namun masih tiada penyelesaian menyebabkan mereka tawar hati dengan PPBM.

“Setakat ini kita belum mengambil keputusan untuk keluar parti dan masih dalam peringkat perbincangan sebelum keputusan dibuat.

“Namun realitinya, masa depan PPBM sudah tiada dan pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya memberi laluan kepada pemimpin lebih muda memandangkan beliau sudah berusia 93 tahun dan mempunyai masalah penyakit.,” dakwannya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2018 2:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: