Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tuntut banyak kerusi PRU, PPBM tamak haloba

30 DIS: Sifat tamak PPBM semakin terserlah, apabila secara terbuka menuntut rakan gabungan Pakatan Harapan (PH) memberikan parti itu bertanding seberapa sebanyak kerusi pada PRU-14.

Permintaan itu dibuat oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa partinya berjaya mengambil alih peranan daripada UMNO sebagai membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.

“Kita harap rakan-rakan PH berlapang dada untuk memberi peluang kepada PPBM bertanding sebanyak mungkin kerusi pada pilihanraya ini.

“Kita yakin orang Melayu  mula meninggalkan UMNO dan memilih PPBM sebagai parti keramat,” katanya dalam ucapan pergulungan di Perhimpunan Agung Tahunan yang pertama kali diadakan parti itu di Shah Alam, Sabtu.

Dalam ucapannya, Mukhriz turut mengumumkan secara rasmi bahawa PPBM memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS.

“Pemimpin PAS nampak ketika ini mesra UMNO.

Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz berucap pada sesi pergulungan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Peribumi Bersatu Malaysia di Shah Alam

“Kepimpinan parti itu tidak berprinsip dan berpendirian. Mereka nak jadi kuasa penentu kepada parti yang menang pada pilihanraya nanti.

“Maka dengan itu PPBM memutuskan hubungan dengan PAS dan tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan mereka,” kata bekas Menteri Besar Kedah itu.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2017 7:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: