Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PPBM terdesak, tiada modal lain kucar-kacirkan UMNO

13 OGOS : Keghairahan PPBM untuk menawan Johor mendesak mereka untuk mengenakan strategi lapuk dengan mendakwa terdapat ADUN UMNO Johor yang ingin keluar parti.

Menegaskan perkara itu, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata sehingga kini tidak ada seorang ADUN dari UMNO-BN akan keluar parti seperti di dakwa dan mereka setia berkhidmat dibawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya berpandangan bahawa PPBM terdesak sehingga sanggup menyatakan ada ADUN UMNO akan keluar parti, malah kedua-dua ADUN di parlimen Batu Pahat telah membuat penafian terutamanya dari ADUN Rengit.

“Saya melihat bahawa serkapan dari ketua PPBM itu sebagai lawak,” katanya.

Terdahulu, laman sosial pembangkang memuat naik kenyataan yang menyebut bahawa ADUN UMNO akan berhijrah ke PPBM dan telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi merangka strategi yang lebih tersusun.

Susulan daripada itu ADUN Rengit Ayub Jamil yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut menafikan dakwaan dirinya akan melompat parti daripada UMNO dan menyertai PPBM.

Mengulas lanjut, Ayub yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor berkata UMNO Johor tidak mudah tergugat dengan serangan yang dibuat pembangkang terutamanya PPBM.

“Saya sendiri yakin bahawa UMNO dan BN Johor mempunyai kekuatan tersendiri, ahli UMNO Johor mempunyai pengalaman yang lebih dasyat berbanding sekarang, saya yakin rakyat ingin melihat kerajaan atau parti yang berkerja bukan parti yang bersandarkan dendam individu,” katanya lagi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 August 2017 11:11 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]