Kategori Berita Utama

PPBM tunggu masa padam, sebab lahir dalam tenat

21 MEI : PPBM adalah sebuah parti yang lahir dalam keadaan yang tenat, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Menurutnya lagi, parti itu hanya menunggu untuk ‘dipadam’ daripada arena politik berikutan desakan PPBM Perak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai presiden.

Nazri turut berkata perkara itu bukan di luar jangkaan kerana ketika berada di dalam UMNO, Muhyiddin diangkat memegang jawatan dalam parti hasil perjuangan ahli parti itu sendiri.

“Saya tak nampak bahawa PPBM ada masa depan, dia tunggu masa untuk mati kerana parti itu baru lahir dah dalam keadaan tenat, ” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Komuniti Seni Budaya dan Program Kesukarelawan IM4U Puspanita kementerian itu di Dataran Kampung Laneh, Lubuk Merbau, Ahad.

Semalam, media tempatan melaporkan Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar membuat desakan itu apabila sebahagian besar daripada 24 bahagian PPBM di Perak mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan parti yang berlaku di peringkat kebangsaan dan negeri.

Mengenai program komuniti seni budaya itu, Nazri berkata program itu membolehkan pegawai dari kementeriannya turun padang berinteraksi dengan masyarakat luar bandar untuk menggalakkan mereka mendekati seni budaya negara.

“Kita galakkan perkembangan seni dengan memberi bantuan kewangan dan peralatan serta latihan kepada kumpulan seni budaya supaya seni itu tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 May 2017 5:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: