Kategori Berita Utama

NGO bantu kerajaan benteras judi – TPM

4 NOV: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam (PPIM) akan menjadi ‘mata’ pihak berkuasa bagi menghapuskan aktiviti perjudian haram di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kementerian bersama pihak polis melawan aktiviti perjudian.

“Ini tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi kami berharap PPIM akan bantu polis,” katanya pada Forum Pengguna Ke-7 di Menara FELDA di ibukota hari ini.

Pada masa sama, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan sumbangan RM500,00o kepada PPIM bagi mengerakkan aktiviti mereka.

PPIM yang ditubuhkan sejak Jun 1997, mempunyai empat juta keahlian di seluruh negara dan ditubuhkan atas inisiatif sekumpulan profesional yang prihatin terhadap isu-isu kepenggunaan dalam Islam

Sementara itu, Zahid berkata Ketua Polis Negara sudah menyerahkan laporan harian berkaitan operasi yang dibuat ke atas pusat perjudian haram seluruh negara.

“Pihak polis menjalankan lebih daripada 7,900 operasi tahun ini. Tetapi, sedikit wang yang dirampas.

“Oleh itu, polis perlu lebih cekap dan bijak daripada penjenayah,” kata beliau lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 November 2017 8:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: