Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pramugari tampil buat aduan jika majikan larang bertudung

17 NOV: Pramugari beragama Islam diminta tampil membuat aduan jika ada syarikat penerbangan di negara ini melakukan diskriminasi terhadap pemakaian kakitangan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman berkata, kualiti perkhidmatan bukan bergantung kepada dasar dikriminasi pemakaian terutamanya kepada kakitangan yang bergama Islam.

Pengarah Urusan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman(Tengah) bersama NGO memegang kenyataan akhbar pada sidang media berkenaan larangan bertudung untuk pekerja oleh persatuan Hotel di Malaysia

Menurutnya, kalau ada diskriminasi terhadap keinginan pramugari untuk menutup aurat perlu diketengahkan kepada pihak berwajib, kepada persatuan-persatuan supaya dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Tidak relevan pakaian menutup aurat dan tidak dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.

“Kena buat aduan supaya boleh dijadikan isu kepada pihak yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MTEM, Plaza Damansara, Jumaat.

Sehubungan dengan itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa keperluan kerajaan menggubal Akta Antidiskriminasi dalam sektor pekerjaan bagi memastikan majikan tidak mengambil pekerja mengikut kaum dan agama.

“Akta tersebut juga bagi mengekang pekerja bertudung didiskriminasi.

“Akta ini kira tak mahu mana-mana pihak mendiskriminasikan semata-mata amalan agama seseorang atau bangsa seseorang. Realitinya kita akan perhalusi isu halus seperti di bawah karpet yang perlu ditangani,” katanya

Yazid juga menjelaskan, tiada keperluan untuk menyerahkan memorandum berhubung akta tersebut.

“Kalau dipertimbangkan alhamdulillah, kita akan bekerjasama pihak berwajib dan NGO menekan pihak ke arah yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Yazid pernah mengesyorkan kepada kerajaan untuk menggubal akta antidiskriminasi dalam sektor pekerjaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 November 2017 5:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: