Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Prasarana ambil alih pengurusan feri P.Pinang

1 JULAI: Berkuatkuasa hari ini, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) memulakan tempoh percubaan mengambil alih pengurusan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tempoh masa yang diberikan kepada syarikat itu untuk proses berkenaan masih belum ditetapkan.

“Hari ini Prasarana mengambil alih pengurusan perkhidmatan feri dalam tempoh percubaan dan kita yakin syarikat itu mempunyai kapasiti dan pengurusan teratur dalam mengendalikan perkhidmatan terbabit.

“Bagaimanapun, kontrak urus tadbir feri akan dibincangkan secara teliti kemudian dan syarikat itu perlu mengkaji dulu serta lihat apa yang boleh dipertingkatkan lagi perkhidmatan itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pelancaran Koleksi Novel Dream of the Red Chamber di Perpustakaan Universiti Malaya, Sabtu.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, beliau sudah mengarahkan Lembaga Pelabuhan Johor menjalankan siasatan terperinci berkaitan insiden kontena mengandungi peralatan radar berteknologi tinggi yang dilaporkan hilang sedangkan ianya sudah tiba ke destinasi di Belanda.

Menurutnya, kementerian bersedia meneliti dan perketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diguna pakai pelabuhan di negara ini sekiranya terdapat kelemahan dalam penguatkuasaannya.

“Sekiranya kita dapat mengesan sebarang kelemahan, kita akan meminta pihak penguatkuasa untuk meneliti perkara itu,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 July 2017 7:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: