Kategori Berita Antarabangsa

Presiden Liberia ikrar perangi rasuah selepas angkat sumpah

23 JAN: Bekas bintang bola sepak dunia, George Weah yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Liberia berikrar untuk memerangi gejala rasuah di negaranya.

Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan kesediaannya untuk melunaskan beberapa janji yang telah dibuat ketika berkempen termasuk mengangkat taraf hidup rakyatnya ke tahap yang lebih baik.

Dalam pada itu, beribu-ribu penyokong Weah membanjiri ibu kota Liberia ini bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan beliau.

Difahamkan, ini kali pertama peralihan kuasa secara demokrasi di Liberia berlangsung dengan aman dalam tempoh lebih tujuh dekad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 January 2018 8:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: