Kategori Berita Antarabangsa

Presiden Mesir arah sempadan Rafah-Gaza dibuka sepanjang Ramadan

18 MEI: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengarahkan sempadan lintasan antara Rafah dan Semenanjung Gaza dibuka sepanjang bulan Ramadan.

Perkara itu dinyatakan menerusi akaun Twitter rasminya semalam, lapor AFP.

Sempadan dengan wilayah Palestin itu lazimnya ditutup dan hanya dibuka pada masa-masa tertentu untuk tempoh sebentar. Kali ini ia dibuka untuk tempoh paling lama.

Abdel Fattah (foto) menyatakan bahawa pembukaan sempadan itu adalah untuk mengurangkan beban mereka yang berada di Gaza.

Pada Isnin lalu, anggota tentera Israel dilaporkan membunuh berpuluh-puluh warga Palestin yang melakukan bantahan di sempadan Gaza ketika Amerika Syarikat secara rasmi membuka pejabat kedutaannya di Baitulmaqdis, sekali gus berpindah dari lokasi sebelumnya, Tel Aviv.

Kumpulan Hamas mengawal Gaza, namun tidak mempunyai kuasa di kawasan sempadan lintasan utamanya iaitu Rafah, Mesir dan Erez, Israel.

Mesir sebelum ini menutup pintu sempadan terbabit untuk tempoh yang lama selepas peningkatan insiden serangan ke atas pasukan keselamatan Mesir di Semenanjung Sinai pada 2013.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 3:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: