Kategori Berita Antarabangsa

Presiden Sri Lanka gantung parlimen

13 APRIL: Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena menggantung Parlimen negara sehingga Mei depan

Ia satu langkah mengejutkan susulan krisis pentadbiran antara beliau dan perdana menteri kerajaan perpaduannya.

Menurut AFP, satu perintah kerajaan yang memetik Presiden sebagai berkata, beliau menangguhkan perjumpaan Parlimen berkuatkuasa malam tadi di bawah artikel 70 Perlembagaan.

Langkah yang dijangka tamat pada 8 Mei itu dibuat selepas sekurang-kurangnya 16 pemimpin yang setia kepada Sirisena (foto) termasuk enam menteri akan meninggalkan kerajaan perpaduan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 April 2018 10:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: