Kategori Berita Antarabangsa

Presiden Turki berhasrat buka kedutaan di Baitulmaqdis

18 DIS: Presiden Recep Tayyip Erdogan menyuarakan harapan untuk membuka kedutaan Turki ke Palestin di Timur Baitulmaqdis, ketika beliau meningkatkan serangan terhadap tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel.

Erdogan sebelum ini cuba mengetuai kritikan dunia Islam terhadap tindakan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat itu dengan menganjurkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, minggu lalu untuk menggesa dunia mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Timur Baitulmaqdis diduduki Israel selepas ia merampas kawalan terhadap kawasan itu pada perang 1967 dan tindakan terbabit tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.

“Oleh kerana ia di bawah penjajahan, kita tidak boleh membuka kedutaan,” kata Erdogan dalam ucapan kepada parti pemerintah di bandar Karaman.

“Namun dengan izin Tuhan, kita akan membuka kedutaan di sana,” katanya tanpa memberi tempoh tertentu.

Turki juga mempunyai konsulat di Baitulmaqdis. Ankara mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan Israel dan seperti negara lain, memiliki kedutaan di Tel Aviv.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 December 2017 9:20 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: