Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRK DUN Balingian 29 Mac

6 MAC : Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian akan diadakan 29 Mac ini, umum Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media Khamis.

Penamaan calon bagi PRK DUN N51 Balingian itu pula ditetapkan 17 Mac.

prkbalingianSeramai 13,366 pengundi berdaftar termasuk 133 pengundi awal layak mengundi pada PRK yang diadakan berikutan peletakan jawatan Adun kawasan itu yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 28 Februari lalu.

Menurut Abdul Aziz, proses penamaan calon dan pengiraan undi berlangsung di Dewan Suarah, Mukah.

Seramai 441 petugas terbabit dalam PRK itu yang membabitkan belanja RM910,213.

Beliau juga memberitahu, SPR akan melantik pemerhati khas yang diberikan kebenaran masuk meninjau proses PRK itu.

“Mereka yang diberikan pas khas ini dibenarkan masuk ke semua tempat yang dfijadikan kawaan larangan SPR,”

Majlis Peguam tidak faham undang-undang pilihan raya - Abdul Aziz

Abdul Aziz…SPR lantik pemerhati khas

katanya.

Kebenaran sama juga katanya diberikan untuk PRK DUN Kajang 23 Mac ini.

PRK Balingian ini juga dilihat ujian awal kepada Tan Sri Adenan Satem yang dilantik sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi BN Sarawak minggu lalu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2014 12:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: