Kategori Berita Utama

PRK DUN Kajang 23 Mac

5 FEB :  Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK 25 DUN Kajang pada 23 Mac manakala penamaan calon pada 11 Mac.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pengundian pula  awal ditetapkan pada 19 Mac.

Katanya, seramai 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK Kajang yang kosong eloran peletakan jawatan oleh Adun PKR Lee Chen Cheh pada 27 Januari lalu.

dun25kajangJumlah itu meningkat berbanding 38,965 pemilih pada PRU 13.

Dalam sidang media di ibu pejabat SPR, Aziz memaklumkan,  daripada jumlah 39,278 pemilih, 1,197 adalah pengundi awal manakala 20 orang lagi pengundi luar negara.

Pusat penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Sejumlah 18 pusat mengundi disediakan termasuk tiga pusat bagi undian awal.

“Seramai 673 petugas dilantik mengendalikan proses PRK ini dengan kos RM1.6 juta,” katanya.

Pada PRU 13, Lee memenangi kerusi DUN Kajang  dengan majoriti 6,824 menewaskan lima calon lain termasuk calon BN Lee Ban Seng yang memperolehi 12,747 manakala Lee 19,571 undi. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2014 12:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: