Kategori Berita Utama

PRK DUN Pujut ditetapkan 4 Julai, penamaan 20 Jun

19 MEI: Susulan pemecatan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 4 Julai ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata tarikh penamaan calon pula pada 20 Jun ini.

Beliau berkata, Dewan Suarah di Miri dipilih sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

“Sebanyak lima sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemua 44 saluran tempat mengundi.

“Seramai 483 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses PRK ini yang dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM838,536,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada Jumaat lalu, Tiong Choon, dipecat selepas usul untuk melucutkan keanggotaannya dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh pada sidang DUN.

Usul itu dibentangkan kerana kesetiaan Tiong Choon, kepada negeri dan negara dipertikaikan berikutan beliau memiliki kewarganegaraan Australia dan mendaftar sebagai pengundi di negara itu.

Pemecatan itu dibuat kerana didapati dengan jelas Tiong Choon, melanggar peruntukan yang dinyatakan dalam Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 1:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]