Kategori Berita Utama

Najib jawab cabaran PKR supaya lawan Anwar di Kajang

30 JAN : Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berpunca masalah dalaman PKR dan tidak ada kaitan dengan beliau.

“Itu bukan masalah saya. Saya tiada apa masalah. PKR yang menyebabkan perkara ini (pilihan raya kecil) berlaku, kenapa hendak dikaitkan dengan saya,” katanya mengulas cadangan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali supaya beliau menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang.

Menurut Najib, pilihan raya kecil ini hanya kerana mahu menyelesaikan kemelut yang agak serius dalam PKR.

ngosokongpm

Antara NGO yang hadir perjumpaan menyatakan sokongan kepada Najib dan kerajaan

“Bagi saya, mereka (PKR) yang bebankan rakyat, bebankan pengundi di Kajang yang rata-rata tak senang hati dan terpaksa mengadakan pilihan raya,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan NGO Islam dan Melayu di Putrajaya, Khamis.

Najib menegaskan, berdasarkan pelbagai reaksi sekarang, kebanyakannya negatif daripada positif.

“Jadi itu masalah dia. My mesage is – don’t drag me in. This is your internal problem,” tegasnya.

Sebelum ini, Adun PKR Kajang Lee Chen Cheh melepaskan jawatan dan PKR sudah mengumumkan Anwar akan bertanding di kerusi berkenaan dipercayai bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Mengulas cadangan supaya Barisan Nasional (BN) tidak terbabit dalam PRK itu, Najib menjelaskan, Majlis Tertinggi BN akan buat keputusan mengenainya.

“ Saya belum tetapkan tarikh. Saya nak tahu tarikh penamaan calon dahulu,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, keputusan sama ada kerusi itu akan ditandingi wakil MCA atau UMNO juga akan diteliti dan keputusannya dijangka selepas Tahun Baharu Cina.
Sementara itu, katanya dalam pertemuan tersebut, NGO Melayu dan Islam menyatakan sokongan kepada kerajaan dan akan bersama mencari jalan kebaikan untuk negara ini.

“Matlamatnya ialah untuk mencari satu bentuk kefahaman yang semakin lebih jelas lagi dan menentukan hala tuju dan masa depan negara kita.

Apapun kita tidak boleh membenarkan isu ini memecahbelahkan kita. Kita mungkin ada perbezaan pendapat tetapi kita tak seharusnya melebarkan lagi jurang perpecahan sesama kita,” katanya.

Najib juga menjelaskan mengenai isu kenaikkan naik barang dan langkah-langkah kerajaan menanganinya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2014 1:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: