Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRK Kajang: Polis buka dua kertas siasatan, tahan seorang lelaki

23 MAC: Polis membuka dua kertas siasatan dan menahan seorang lelaki berkaitan dua insiden yang berlaku ketika proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang pada Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lelaki terbabit ditahan kerana cuba menghalang polis daripada merobohkan barong panas di persimpangan Jalan Taman Delima.

prkkajang1-300x168Lelaki berumur 43 tahun itu dikatakan memarahi anggota polis dengan kata-kata lucah dan menghalang polis menurunkan khemah di lokasi berkenaan seperti yang diminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya pada sidang media di Kajang, Ahad.

Selain itu, Mohd Shukri berkata polis juga membuka satu kertas siasatan berkaitan laporan seorang lelaki berusia 27 tahun yang mendakwa dipukul dan dicederakan sekumpulan lelaki tidak dikenali di Sekolah Kebangsaan Kajang pada jam 3 petang tadi.

Selain daripada itu, beliau berkata proses pengundian hari ini secara keseluruhannya berlangsung dengan aman dan terkawal walaupun terdapat beberapa insiden salah faham dan provokasi antara penyokong parti-parti politik.

“Namun, polis berjaya meleraikan mereka dan meredakan keadaan,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 March 2014 10:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: